NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini berdepan tiga pertuduhan salah laku seks dari tiga wanita yang pernah bekerja dengannya sebelum ini.
Tiga wanita tampil membuat sidang media berhubung gangguan seksual yang didakwa dilakukan Trump dan mahu Kongres Amerika membuka kertas siasatan terhadap Trump.
Tiga wanita terbabit adalah Jessica Leeds, Samantha Holvey dan Rachel Crooks berkongsi pengalaman hitam mereka bersama Presiden Amerika Syarikat terbabit.
Sebelum ini ketiga-tiga wanita terbabit telah menceritakan apa yang berlaku kepada mereka semasa kempen pilihan raya presiden berlangsung tahun lalu namun tiada sebarang tindakan diambil.
Menurut seorang mangsa Rachel Crooks, 22, dia pernah bekerja sebagai penyambut tetamu di sebuah firma hartanah di Trump Tower dan adegan salah laku seks itu berlaku apabila Trump didakwa menciumnya secara paksa.
Crooks memetik rakaman temubual dibuat Trump yang berkata "Saya hanya mula mencium mereka, seperti magnet, cuma mencium, saya tidak menunggu. Biarkan awak melakukannya, anda boleh berbuat apa-apa."
Kenyataan itu bagi Crooks jelas menunjukkan sifat tidak hormat Trump terhadap kaum wanita terutama dirinya yang menjadi mangsa salah laku seks Trump.
Menurut seorang lagi mangsa, Jessica Leeds, Trump pernah merabanya ketika dalam perjalanan menaiki kapal terbang hingga dia terpaksa menukar tempat duduk kerana tidak tahan dengan perlakuan Trump.
"Saya bukan budak kecil, saya berusaha bangun dari kerusi saya dan mencapai dompet dan terus beredar ke tempat duduk belakang," jelasnya.
'White House' yang menerima maklumat tersebut bagaimanapun menafikan dakwaan dan mendakwa ia laporan palsu.
Buat masa ini belum ada maklum balas dari Trump berhubung dakwaan itu.
Sumber: Astro Awani