Selebriti Malaysia Pertahan Kesucian Baitulmaqdis


Baru-baru ini, sejurus Presiden Amerika Syariat (AS), Donald Trump mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel, ia telah membangkitkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia!

Trump malahan secara rasmi telah mengisytiharkan pemindahan bangunan kedutaan AS di negara haram Yahudi Israel itu dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Justeru, pengumuman pengisytiharan Baitulmaqdis yang merupakan tempat suci umat Islam yang ketiga itu kini telah menjadi ibu kota negara rejim Zionis.

Pengisytiharan yang dianggap sebagai amat gila itu turut mendapat perhatian luas ramai selebriti tempatan yang turut berasa sedih dan kecewa.

Ramai selebriti tanah air telah berkongsi perasaan kecewa mereka menerusi posting gambar dan video dalam akaun Instagram masing-masing.

Walaupun kecewa, mereka masih lagi bersemangat untuk terus menentang serta menyelamatkan bumi Palestin daripada cengkaman Israel!









“AllahuAkhbar… Ya Allah, terus perkuatkan pemimpin hebat ini & umat Islam untuk terus pertahankan hak umat islam Palestin…,” tulis penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Selain beliau, ramai lagi selebriti yang turut sama memuat naik gambar dan video sedemikian iaitu Nurheliza Helmi, Alif Satar, Farrah Adeeba, Datuk Afdlin Shauki dan ramai lagi.

“Mari kita ramai ramai #jerusalemisthecapitalofpalestine dan tag @realdonaldtrump supaya orang tua tu tahu dia bukan bos bumi ini! Ayuh kita buktikan suara orang Malaysia yang cintakan keamanan juga sangat penting serta kuat dan perlu didengar! #jerusalemisthecapitalofpalestine @realdonaldtrump #jerusalemisthecapitalofpalestine @realdonaldtrump,“ tulis Afdlin di satu video yang dirakamnya ketika berada di Makkah.

Bagi Alif Satar, dia memilih untuk memetik ayat suci al-Quran yang mana telah menerangkan perangai buruk orang Yahudi sebelum ini mereka pernah diseksa dengan azab pedih akibat perbuatan keji!

Selepas solat Jumaat semalam, turut diadakan satu himpunan aman di hadapan Kedutaan AS dan Heliza Helmi yang memuat naik status itu malah telah menyeru umat Islam untuk bangkit turut sama menyertai himpunan tersebut.

Namun, tidak hanya selebriti di Malaysia, model terkenal antarabangsa Gigi Hadid turut memuat naik gambar kota Palestin bersama caption yang meluahkan penuh rasa kekecewaan.

“Hari ini merupakan hari yang paling sedih. Tengok berita dan melihat kesakitan rakyat Palestin membuatkan saya menangis…,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Malah menerusi laman Twitter, hashtag #Jerusalem yang merupakan istilah bahasa Inggeris untuk Baitulmaqdis atau disebut Al-Quds dalam bahasa Arab, turut merupakan trending nombor 1 di dunia!

Oleh itu, sama-sama kita menentang keputusan Trump kerana bandar purba tersebut memang merupakan hak mutlak orang Islam! –Kedahnews.com