Sering Buat Perkara Pelik, Sifat Iqram Kini Berubah


SEJAK kebelakangan ini nama pelakon Iqram Dinzly sering disebut kerana kerap membuat video live menerusi akaun Instagram miliknya dengan aksi melampau.

Disebabkan itu, dia kini sering dikecam oleh netizen kerana dianggap sudah tidak waras serta menghadapi tekanan perasaan yang melampau.

“Tiada apa yang pelik dan netizen tidak perlu menyibuk apa saya buat. Mereka bukan Tuhan untuk menilai saya. Nama pun pelakon apa salahnya saya bermain dengan teknik lakonan di alam maya. Mereka yang mengecam ini bersifat busuk hati,” tulisnya di rungan caption gambar yang dimuat naik baru-baru ini.

Menurut Iqram atau nama sebenarnya Muhammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 36, dia menyifatkan netizen yang menghina dan mencaci dirinya sebagai golongan yang busuk hati.






Baginya, apa yang dia lakukan itu langsung tidak mengganggu sesiapa malah perbuatannya itu turut diketahui oleh ibunya dan dia hanya mengikut gerak hatinya sahaja.

“Saya ingin maklumkan yang kehidupan saya jauh lebih bahagia berbanding sebelum ini. Banyak perkara yang saya cari selama ini.

“Sesat barat saya fikirkan namun bersyukur saya kini menemui kebahagiaan selepas segala pengajaran dan ilmu yang ditimba dengan guru yang bersama sepanjang 36 tahun saya hidup,” tulisnya lagi.

Kelakuan peliknya itu turut mengundang simpati sesetengah netizen dan mereka sangat berharap jika ada sesiap yang sudi membantu Iqram untuk pulih seperti sedia kala kerana dia kini bagaikan di dalam dunianya sendiri.

Ada ketika dia boleh tersenyum, marah secara tiba-tiba dan terus menangis.

Tak dinafikan perangai pelik Iqram ini sangat ketara selepas kematian bapanya, Muhammad Saipuddin Datuk Seri Ahmad Said pada Oktober lalu.

Selain itu, Iqram turut ada membuat satu video live di akaun Instagram miliknya sambil membuka alunan zikir dan secara tiba-tiba dia terus mencarut apabila membaca komen yang ditulis oleh netizen.





Apa yang lebih mengejutkan dan menyedihkan lagi ialah Iqram secara tiba-tiba menjulurkan lidahnya ketika alunan zikir memuji Allah itu sedang dimainkan.

“Korang semua mencarut bagai nak bab* tu macam mana? Korang dengar pasal Allah ni kan, tapi korang pun mencarut juga.

“Jadi kalau aku buat, korang nampak salah. Puki*** haram macam bab* macam korang ni memang tak nampak salah sendiri.

“Korang ingat korang ni pun bagus? Cakap macam bagus tapi korang pun buat macam tu. Aku dah lama bersabar, aku tak kacau hidup korang pun,” katanya sambil tak henti carut kerana marahkan netizen yang hina dirinya.

Kelakuan peliknya itu bagaikan menjadi-jadi apabila dia secara tiba-tiba boleh berubah watak dan mood.

Dia juga sering menari-nari mengikut rentak lagu yang dibuka sambil berpakaian pelik dan kadang-kala langsung tidak memakai baju.

Entahlah… Tak berani nak komen lebih tentang keadaan Iqram ni. Mungkin ada hikmah apa yang terjadi itu, kita doakan sahaja semoga Iqram kembali sihat seperti sediakala.

Kepada netizen, hentikan menghina Iqram. Kalau tak suka tengok video live-nya, jangan tengok. Jangan terus sebarkan perkara negatif terhadap seseorang yang kita tak tahu keadannya. – Kedahnews.com