ALOR SETAR - Skuad futsal wanita Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (lSANK) berjaya merangkul kejuaraan futsal di Kejohanan Sukan Tertutup ISANK yang diadakan di Alor Setar, baru-baru ini.
Menurut sumber, kejayaan itu dibawa barisan pemain yang dibarisi kakitangan mereka sendiri dengan menampilkan aksi hebat dan menghiburkan.
Kejohanan yang disertai tiga lagi agensi iaitu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Air Utara Indah (AUI) adalah acara yang diadakan setiap hujung tahun.
Selain futsal, turut berlangsung kejohanan bowling dan badminton bagi kategori lelaki dan wanita.
Kejohanan kali ini turut dirasmikan Pengarah Lembaga Sumber Air Negeri Kedah, Hamri Abidin.
Objektif utama kejohanan diadakan adalah bagi mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan persahabatan di antara staf yang sebelum ini sentiasa berurusan dalam isu berkaitan kerja.
Malah, pada kali ini, mereka dapat berkumpul dan beramah mesra di gelanggang sukan.
Bagi edisi 2018 Lembaga Urus Air Selangor akan menjadi tuan rumah bagi kejohanan sukan tahunan ini. - Kedahnews.com