Suami Ketagih Tonton Isteri Diperkosa!


TERGAMAK jaja maruah isteri kepada ramai lelaki untuk dapatkan kepuasan seksual pelik.

Itu nafsu aneh seorang lelaki berusia 40-an yang ghairah melihat isterinya mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.

Malah dia sanggup mempelawa rakan ke rumahnya di Taman Sri Putra di sini, untuk melakukan perbuatan terkutuk itu.

Tindakan tidak senonoh itu semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini apabila suspek memperdaya mangsa dengan membawanya ke pusat urut di bandar Rawang sebelum memaksanya mengadakan hubungan seks dengan tukang urut lelaki.

Sumber polis berkata, suspek mempunyai keinginan nafsu pelik apabila lebih berminat melihat isterinya mengadakan hubungan seks dengan lelaki lain.

“Suspek yang bekerja sendiri pernah membawa rakannya menumpang tidur di kediaman mereka sebelum memaksa isteri mengadakan hubungan seks dengan lelaki itu.

“Mangsa yang juga suri rumah dipukul sekiranya menolak kemahuan suaminya itu,” katanya.

Beliau berkata, rakan suspek turut menetap di rumah pasangan itu sejak dua tahun lalu dan turut mengadakan hubungan seks dengan mangsa.

“Lebih menyedihkan apabila suami mangsa turut membawa lelaki warga asing dari Vietnam, Bangladesh dan Indonesia ke rumahnya untuk mengadakan hubungan seks dengan isterinya.

Berikutan tidak tahan dengan nafsu pelik suami, mangsa melarikan diri dan membuat laporan di Balai Polis Kuang, kelmarin, untuk tindakan lanjut.

Polis yang menerima laporan berjaya menahan lelaki itu serta rakannya untuk siasatan lanjut.

Sumber: Metro