SELALU kita dengar kisah individu sanggup mengemis untuk mendapatkan wang demi menyara kehidupan harian.
Namun apa yang peliknya, lelaki dari Jepun ini sengaja melakukan kesalahan supaya dia boleh laporkan dirinya pada polis.
Lapor Nextshark, seorang lelaki warga emas telah memutuskan untuk menghubungi polis dan melaporkan diri sendiri selepas tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar bil makanannya.
Lelaki berusia 63 tahun itu hanya membawa 96 yen (RM3.50) bersamanya sewaktu dia memesan semangkuk hidangan nasi di sebuah restoran di Fukuoka pada 21 November yang lalu.
Warga emas yang tidak bekerja itu bukan sahaja menghabiskan menu nasi berharga RM24 yang dipesannya tanpa sebarang niat untuk membayar, malah dia juga memaklumkan pengurusan restoran dan menyuruhnya menghubungi polis.
Namun pengurus restoran tersebut begitu baik hati dan membenarkan warga emas itu membayar hutangnya di lain hari.
Bagaimanapun warga emas itu tetap bertegas agar melaporkan perbuatannya kepada pihak berkuasa, membuatkan pengurus restoran itu merasa ragu-ragu.
Difahamkan, warga emas itu kemudian keluar menggunakan telefon awam berhampiran untuk melaporkan kesalahan dirinya!
Dia malah menggunakan telefon awam berhampran untuk melaporkan kesalahan dirinya!
Setibanya pihak polis ke restoran tersebut, mereka akhirnya menangkap warga emas itu kerana disyaki menipu. Pun begitu, ini bukanlah pertama kali lelaki penganggur ini ditahan di penjara.
Dia memberitahu pihak terbabit bahawa dia hanyalah kebuluran tetapi tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar makananya.
“Jika kamu ditangkap, kamu masih ada tempat berteduh, diberi makan tiga kali sehari dan dapat buat pemeriksaan kesihatan.
“Jadi ini adalah win-win situation untuk kedua-dua pihak,” kata pegawai Kementerian Keadilan Jepun Shinsuke Nishioka.
Shinsuke juga memberitahu bahawa kemudahan-kemudahan yang disediakan di penjara inilah yang menjadikan ramai warga emas memilih untuk melakukan jenayah supaya mereka dipenjarakan.
Mereka lebih selesa di penjara kerana ada yang menjaga makan minum mereka.
Kasihannya sampai sanggup masuk penjara kerana tidak cukup duit untuk beli makanan. Tapi makan tak bayar pun kira mencuri juga, anda jangan buat jenayah pula jika tak cukup duit makan ye! –Kedahnews.com