Tawar Diri Seks Oral, Iqram Dinzly Semakin Pelik?


SEJAK dua menjak ini nama pelakon, Iqram Dinzly tidak henti-henti menjadi bahan bualan netizen dek kerana sikapnya yang semakin pelik.

Terbaharu, pelakon ini sekali lagi menggemparkan industri hiburan tanah air apabila bertindak memuat naik satu posting tidak senonoh di Instagram miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Iqram dilihat seolah-olah secara sukarela telah menawar diri untuk melakukan seks oral bersama seorang lelaki yang dikenali sebagai Zaidi Zainal.

Apa yang lebih mengejutkan, Iqram sempat memberi ‘amaran’  kepada lelaki berkenaan dengan melemparkan kata-kata yang berbaur lucah.

“Do you want some BJ from me… Zaidi Zainal Loi Sedao DM tepi ya? #netizen lets #LV. Love to see your horny comments. Make me feel,” tulisnya menerusi posting berkenaan.




Bagaimanapun memetik sumber, Mynewshub difahamkan Iqram didakwa berang dengan tindakan lelaki berkenaan yang telah menegur sikap peliknya dalam satu status di laman sosial sebelum ini.

Menerusi status berkenaan, Zaidi berkata pelakon ini bukanlah gila tetapi hanya tertekan dan sedikit terganggu selepas bapanya meninggal dunia.


Sementara itu, perkongsian yang mendapat perhatian itu dilihat menerima pelbagai reaksi dan respon daripada netizen.

Rata-rata antara mereka meluahkan rasa pelik dan bimbang terhadap sikap Iqram yang dilihat semakin hari semakin menjadi-jadi.

Bukan itu sahaja, malah terdapat juga segelintir pihak yang berpendapat pelakon berusia 36 tahun ini mengalami masalah mental.

Hmmm… Tak tahu nak cakap macam mana. Mungkin Iqram ada sebab tersendiri mengapa dia bertindak demikian. Apapun, kami doakan yang terbaik sahaja buat pelakon ini. – Kedahnews.com