Tiada Calon Pilihan Presiden Pada PRU14


ALOR SETAR - Pemimpin UMNO dan jawatankuasa, Ahli Dewan Undangan Negeri  serta pengundi yang menyokong Barisan Nasional perlu menerima calon yang ditetapkan oleh parti bagi menghadapi Pililhan Raya Umum (PRU14).

Semuanya perlu begerak sebagai satu pasukan dan jika ia masih ada masalah perlu diselesaikan segera secara kekeluargaan.

Tiada sesiapa yang boleh mendakwa dirinya sebagai calon pilihan Presiden UMNO tetapi mereka yang dipilih kelak adalah calon pilihan parti dan juga pilihan rakyat di kawasan masing-masing.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak semasa menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU2017) di PWTC Sabtu lalu memberi isyarat yang jelas bahawa PRU hampir tiba dan senarai calon diharap tidak akan berbangkit selepas Dewan Rakyat/Dewan Undangan negeri geri dibubarkan.

Kata Najib, walaupun jika ada calon itu dikatakan pilihannya, beliau akan menolaknya jika parti tidak yakin calon itu boleh membawa kemenangan kepada BN.

Najib mengakui ada bahagian UMNO/parti komponen BN  yang masih ada sedikit masalah dan pertikaian tentang calon. Beliau  mahu ia diselesaikan secepat mungkin menerusi rundingan dan ikut  cara 'kekeluargaan' dalam parti.

Bagi Setiausaha Kerja Barisan Nasional Negeri Kedah, Datuk  Arffin Man, mesej dan ingatan yang disampaikan oleh  Presiden UMNO dan Pengerusi BN itu pada PAU 2017 perlu diberi perhatian oleh bahagian dan kawasan Parlimen yang terbabit.

Jika ada perebutan calon, mereka yang bertikai perlu merujuk kembali parti, demi kemenangan BN, kata Ariffin yang juga Timbalan Ketua UMNO bahagian Pokok Sena.

Dalam  hal ini  ADUN, ketua bahagian, jawatankuasa dan sayap parti mesti ketepikan perselisihan dalam parti  bila berdepan PRU kali iniyang dikatakan ibu segala pilihan raya, kata Ariffin lagi.

Beliau juga berharap ahli UMNO akan menyokong calon MCA, MIC dan Gerakan yang ditetapkan bertanding di kawasan tradisi mereka walaupun kawasan itu  mempunyai majoriti pengundi Melayu dan begitu juga komponen BN akan membantu calon UMNO.

Berdasarkan kenyataan Najib itu juga bermakna tiada calon payung terjun pada PRU14 ini. 

Kawasan Parlimen yang dikhaskan oleh untuk MCA ialah Parlimen Alor Setar dan Padang Serai manakala  DUN pula ialah  Kota Darulaman, Gurun, Kulim dan Bakar Arang.

Menteri MIC pula diletakkan bertanding di DUN Bukit Selambau dan Lunas sementara Gerakan di DUN Derga dan Sidam.- Kedahnews.com