Meskipun Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat (AS) telah memfailkan pelucut hak sivil ke atas aset yang didakwa mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), tetapi tidak ada tindakan mahkamah diambil ke atas 1MDB di AS.
Seorang peguam berpengalaman di Mahkamah Agung AS, Tom Goldstein berkata, tuntutan sivil yang dibuat oleh DoJ itu hanya untuk menyiasat tentang dakwaan aset yang dibeku itu telah diperoleh menggunakan dana 1MDB.
“Tidak ada tindakan ke atas 1MDB, hanya terhadap aset yang didakwa diperoleh menggunakan dana 1MDB.
“Malah sehingga sekarang, terdapat sedikit sahaja aktiviti berkaitan dengan kes itu dan tiada siapa yang dinamakan sebagai sasaran jenayah,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan seorang peserta selepas menyampaikan ucapan sempena Litigasi Jenayah di AS, di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
DoJ pada Jun lalu mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari 1MDB.
Tuntutan itu ialah yang kedua diambil oleh DoJ selepas membuat tindakan sama pada tahun lalu melibatkan aset bernilai lebih AS$1 bilion.
Mengulas lanjut, Goldstein yang juga bekas pengajar ligitasi Mahkamah Agung di Sekolah Undang-undang Harvard dan Sekolah Undang-undang Stanford menjelaskan, tuntutan pelucutan hak oleh DoJ itu juga hanya menyasarkan aset-aset, bukan orang perseorangan.
“Sehingga sekarang pun, masih tiada cadangan daripada DOJ bahawa undang-undang AS dicabul oleh orang perseorangan di Malaysia atau sama ada kerajaan Malaysia terlibat.
“Tiada pendakwaan jenayah, tiada defendan jenayah, tiada sasaran jenayah yang diumumkan.
“Sebab itu mereka sangat berhati-hati dan tidak menamakan mana-mana individu dalam tuntutan sivil itu termasuklah perdana menteri atau sesiapa pun yang mempunyai kaitan dengan 1MDB,” ujarnya.
Ketika ditanya kepada siapa DoJ mahu kembalikan dana yang dibekukan itu, Goldstein memberitahu, perkara itu kini menjadi tanda tanya kepada DoJ kerana 1MDB telah menyatakan bahawa dana mereka tidak hilang sedangkan kes tersebut berdasarkan dana yang didakwa diseleweng daripada 1MDB dan dibuat oleh pengadu yang tidak mewakili 1MDB.
“DoJ kini menangguhkan tuntutan itu kerana meneruskannya mungkin membawa kesan buruk ke atas keupayaannya untuk menjalankan siasatan jenayah,” katanya. - Utusan