TiadaTahanan Politik Di Malaysia Walaupun Ada ISA - Musa Hassan


Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menjelaskan tidak  ada tahanan politik di Malaysia meskipun Malaysia pernah mengamalkan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sebelum ini.

"Kalau betul-betul ada tahanan politik, mereka yang ditangkap di bawah ISA tidak boleh dilantik menjadi menteri, ketua pembangkang" kata Musa.

“Kita walaupun ada ISA, ada menteri yang pernah kena tangkap, tapi lepas itu mereka boleh masuk politik dan mereka boleh menang pilihanraya dan boleh jadi menteri dan macam-macam lagi," ujar beliau..

Pada sidang media khas di Petaling Jaya semalam Musa menegaskan, ketika pelaksanaan ISA dahulu, mereka yang ditahan dibawah akta itu masih boleh merayu di mahkamah untuk mencabar kesahihan hukuman tersebut.

Musa menjelaskan perkara itu adalah susulan kenyataan bersama Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan peguam hak asasi manusia dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley yang mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada penjara.

Mahathir dan Motley mendesak Anwar dibebaskan daripada penjara kerana menyifatkan hukuman yang dikenakan kepada bekas ketua pembangkang itu adalah bermotifkan politik.

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mendapati Anwar bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Keputusan itu dibuat oleh Ketua Hakim Negara ketika itu, Tun Arifin Zakaria yang mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan.

Anwar menjalani hukuman penjara selama lima tahun. - Kedahnews.com