Tips Selamat Elak Ditipu Ketika Borong Di China


APABILA semakin ramai usahawan baharu yang tumbuh bak cendawan, maka makin ramailah pemborong yang akan ke negara China untuk mencari produk berkualiti pada harga murah.

Iya tak iya juga, kebanyakkan produk di tanah air pun rata-ratanya merupakan barangan import daripada negara tembok besar itu. Jadi semua sudah sedia maklum, lambat laun anda sebagai usahawan juga pasti akan ke sana.

Di bawah merupakan lima tips supaya anda lebih berwaspada ketika hendak memborong barangan  dan produk di China.

Jaga-jaga nombor 5 paling perlu diberikan perhatian betul-betul, kerana ramai yang sering tertipu…

1. Kenal Pemborong

Berjumpa sendiri dengan pemborong, kenal secara peribadi, dapatkan kad bisnes dan nombor peribadinya.

2. Simpan Resit

Resit adalah satu-satunya bukti bertulis yang boleh menunjukkan anda membeli di premis tersebut. Anda boleh gunakan sebagai bukti aduan polis sekiranya berlaku kes penipuan.

3. Bayar 30% Deposit

Bayar sedikit supaya pemborong membuat kerja dengan pantas dan elak supaya anda ditipu. Terdapat kes di mana pembeli membayar sepenuhnya tetapi resit pembayarannya hilang, tempahannya terus tidak dilayan.

4. Wang Palsu

Perhatikan semasa proses pertukaran wang, sentiasa perhati kelakuan pemborong ketika wang ditukar, kira dan rasa sendiri wang tersebut untuk elak menjadi mangsa penipuan.

5. Pastikan pemborong merupakan pemborong kedai tersebut


Terdapat kes di mana individu licik yang akan menyamar menjadi pemborong kedai kerana kemahirannya bercakap dalam bahasa inggeris.

Awas! mereka ini mengeluarkan resit palsu selepas menerima bayaran daripada anda.

Moga tips di atas menjadi panduan untuk anda yang berniat suatu hari nanti untuk memborong di sana. Selamat mencuba. - Kedahnews.com