Tolak Janna Nick, Netizen Cadang Azwan Ali Ganti Awal?


BARU-BARU ini terdapat desas-desus yang mengatakan figura kacak, Awal Ashaari bakal mengundurkan diri sebagai pengacara rancangan hiburan di TV3, Melodi.

Selepas lebih kurang enam tahun personaliti itu mengendali rancangan hiburan berkenaan, beliau dikatakan ‘memberi laluan’ pula kepada selebriti lain untuk mengacarakan program tersebut.

Susulan itu, ramai nama besar selebriti tanah air yang dicalon bagi menggantikan tempat Awal dan aktres jelita, Janna Nick adalah salah satu nama yang disebut.

Antara sebab utama pelakon itu dianggap sesuai adalah dek sikapnya yang sentiasa ceria dan bersahaja dikatakan mampu memeriahkan sekaligus menarik perhatian ramai.










Memetik sumber, Kedahnews.com difahamkan spekulasi ini mula timbul selepas stesen televisyen swasta terrestrial popular itu mengumumkan pelakon cantik, Mira Filzah sebagai pengacara Nona bagi tahun 2018.

Bagaimanapun, perkhabaran gembira itu dilihat mendapat pelbagai reaksi negatif daripada peminat industri hiburan tanah air sendiri.

Rata-rata tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana beranggapan suara Janna yang bingit tidak sesuai sama sekali untuk mengendali rancangan terkenal itu.

Malah apa yang lebih melucukan, terdapat juga segelintir yang mencadangkan agar pihak media prima mengambil pengacara mulut laser, Azwan Ali bagi menggantikan tempat Awal.

Hmmm… Bagaimana pula dengan pendapat anda? – Kedahnews.com