Ucapan ‘Mary’ Christmas Malaysia Airports Cetus Tular, MAHB Mohon Maaf


KUALA LUMPUR- Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) telah memohon maaf keatas gegantung ucapan perayaan Hari Krismas di lapangan terbang Kota Baru yang mempunyai kesalahan ejaan yang lucu iaitu “Mary Christmas” dan “Happy New Years”.

Gambar gegantung berkenaan telah mencetuskan viral di media sosial dan mengundang kecaman netizen yang kecewa terhadap typo dan kesalahan tatabahasa tersebut.

Bunting berwarna merah itu tertulis ucapan,“Mary Christmas & Happy New Years” dengan perkataan “merry” (meriah) dan “year” (tahun) dieja dengan salah.


Cuba untuk mengawal keadaan, Malaysia Airports menerusi akaun Facebooknya telah memuat naik dua buah ga,bar berserta permohonan maaf kepada yang terkesan dengan kesilapan tersebut.

“Kami maklumkan bahawa kesilapan ini tidak melibatkan lapangan terbang lain,” katanya dalam status yang dimuat naik pada Ahad (24 Disember).

“Kami juga memohon maaf terhadap kesalahan kami dan berterima kasih kepada orang ramai kerana menegur tentang isu tersebut.

“Maaf dipinta, selamat menyambut Hari Natal dan selamat tahun baru.” tambahnya lagi.-Kedahnews.com