SEBELUM ini kecoh di media sosial mengenai usahawan, Neelofa kononnya bersedih hati di atas pernikahan pasangan, Fattah dan Fazura yang berlangsung pada Isnin lepas.
Apa yang lagi melucukan, ada segelitir peminat yang begitu gigih menyunting video memaparkan ‘perjalanan cinta’antara pelakon ini dengan suami kepada Fazura itu.
Bukan itu sahaja, malah netizen dikatakan turut menyerang laman Instagram milik Neelofa kerana mendakwa posting yang diiringi kapsyen ‘Just looking at you makes me happy’ itu ada kaitan dengan Fattah.
Alahai…Gigih betul lah kan…
Bagaimanapun, ternyata anggapan tersebut adalah salah besar dan video yang dimuat naik oleh Neelofa baru-baru ini langsung tiada kaitan dengan Hero drama Coffee Prince itu.
Untuk menguatkan lagi kenyataan itu, Neelofa sendiri dilihat secara langsung telah mengucapkan ‘tahniah’ kepada pasangan tersebut sewaktu mengacarakan rancangan meletop yang disiarkan pada Selasa lepas.
“Tahniah Fazura dan Fattah Amin yang telah selamat bergelar suami dan isteri Isnin malam semalam,” ucapnya.
Menerusi rakaman berkenaan,Neelofa dilihat mengucapkan kata-kata itu dengan riak wajah yang sungguh tenang dan segaris senyuman manis terukir di bibirnya.
Haaa…Dengan adanya insiden tersebut, rasanya team Lofattah dah boleh lah ‘move on’ kot. Kita doakan je la yang baik-baik buat Lofa okay! - Kedahnews.com