UMNO dan PAS perlu bersama-sama mencari jalan untuk menangani isu pencerobohan tanah suci ketiga umat Islam itu berikutan tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.
"Perlu ada pendirian bersama apabila ia melibatkan isu kepentingan Islam dan umatnya," kata Perdana Menterti, Datuk Seri Mohd Najib Razak kepada media Malaysia.
Serentak itu bantaran Malaysia dijangka lebih kuat bergema pada Jumaat 22 Disember ini apabila .
Najib dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang menyertai satu himpunan besar-besaran selepas solat Jumaat di Masjid Putra di Putrajaya, minggu depan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi memberitahu wartawan perkara itu selepas satu mesyuarat di Putrajaya himpunan berkenaan akan disertai sebilangan NGO Islam.
Langkah sewajarnya yang perlu diambil bagi menangani nasib rakyat Palestin akan diketengahkan pada perhimpunan dihadiri Perdana Menteri dan para pemimpin PAS di Putrajaya itu.
Sebelum itu, Perdana Menteri berkata beliau juga akan menjelaskan tentang pendirian Malaysia berhubung perkara itu.
Menurut Naijb beliau akan menjelaskan tentang hasil yang dicapai pada sidang kemuncak luar biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul baru-baru ini, tentang perkara itu.
Keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel menimbulkan kemarahan dan kutukan masyarakat Islam di seluruh dunia. -Kedahnews.com