Wanita Parah Tak Sempat Elak Rempuhan Van Hilang Kawalan Di Jitra


JITRA - Wanita berusia 32 tahun parah di kaki selepas kereta dipandunya dirempuh van yang hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan di Taman Suria di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Deputi Superintendan Chan Keat Seang berkata, pada kejadian jam 8.43 malam, van dipandu lelaki itu tiba-tiba hilang kawalan sebaik tiba di lokasi.

“Wanita berkenaan tidak sempat mengelak menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabit bertembung.

“Pemandu van cedera ringan dan kedua-duanya dibawa ke Hospital Jitra untuk rawatan,” katanya, semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: MyMetro