2018 Mungkin Musim Terakhir Bagi Liridon, Bakal Ke Angers


ALOR SETAR - Khabar angin yang membawa cerita pemain importnya, Liridon Krasniqi mengikuti sesi pemilihan bersama kelab Ligue 1 Perancis, Angers, adalah benar selepas perkara itu disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).

Setiausahaya, Datuk Aminuddin Omar berkata, namunpun begitu pemain yang asal dari Kosovo itu memaklumkan kepada pihaknya akan terus bersama skuad Lang Merah bagi mengikuti jelajah Pramusim 2018 di Indonesia.

Tambahnya, Liridon akan tetap bersama Kedah bagi menyertai Kejohanan Piala Super Suramadu di Stadium Gelora Bangkalan, Jawa Timur bermula 8 sehingga 12 Januari ini.

“Kami tidak pernah menghalang pemain Kedah berhijrah jika mendapat tawaran lebih baik demi masa depan mereka.

“Tapi Liridon masih lagi pemain Kedah kerana beliau masih mempunyai kontrak sehingga hujung musim 2018. Syarat-syarat perlu dipenuhi terlebih dahulu jika berlakunya perpindahan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kedah, Ramon Marcote masih menaruh berharap yang tinggi pada Liridon agar terus kekal bersama Lang Merah dalam membantu pasukan tersebut meraih pelbagai kejayaan musim ini.

Ramon yang baharu sahaja mengambil alih jentera pasukan Hijau Kuning  mengakui menagih sentuhan Liridon.

Kelmarin Angers dilaporkan berminat untuk mendapatkan Liridon dan sumber Telegraph melaporkan kelab tersebut bersedia menebus kontrak pemain skuad Kedah berkenaan.

Kelab tersebut dijangka membayar pampasan kontrak kira-kira €500,000 (RM2.4 Juta) untuk pemindahan Liridon ke liga tersebut. - Kedahnews.com