Agihan Kerusi Pakatan Harapan: Jangan Tertipu 'Dasar Pecah dan Perintah' DAP


ALOR SETAR - Penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) janganlah terlalu bangga dengan pencalonan Tun Dr. Mohamad  sebagai Perdana Menteri gabungan parti pembangkang dan jumlah 52 kerusi Parlimen yang disediakan untuk ditandingi oleh parti  pada pilihan raya umum akan datang.

Walaupun DAP hanya diperuntukkan hanya 35 kerusi di Semenanjung,  DAP juga dijangka bertandingi lebih banyak kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah pada PRU14, sedangkankan PPBM tidak akan meletakkan calonnya di kedua negeri berkenaan.  

Julah  kerusi yang dijangka ditandingi oleh DAP di Sabah dan Sarawak di dalam PRU 14 ini adalah 19, sekali gus menjadikan bilangan kerusi yang akan ditandingi oleh DAP di seluruh Malaysia dalam PRU ini meningkat menjadi 54.

Ini bermakna kerusi yang bakal ditandingi DAP lebih banyak daripada PPBM (52) sementara  DAP (52).

PPBM sudah tentetu menumpukan kerusi di kawasan yang dimenangi oleh UMNO/BN yang diwakili oleh majoriti orang Melayu.

Calon Melayu PKR, Melayu PAS dan Melayu PAN juga akan bertumpu di kawasan majoriti pengundi Melayu.

Untuk rekod,  pada PRU13, DAP telah memenangi 38 kerusi Parlimen, mengatasi kerusi yang dimenangi PKR dan PAS.  PPBM dan PAN masih belum miliki kerusi yang asli dan hanya 'menang' atasi tiket UMNO/BN (Paguh) dan tiket PAS/Pakatan Rakyat di Selangor dan Kelantan.

Ramai yang melihat 'kompromi DAP' bagi  membolehkan PPBM bertanding lebih banyak kerusi (52) hanya satu strategi untuk 'pecah dan perintah" orang Melayu.

Bagi PAN, parti 'tajaan DAP' yang mendapat 27 kerusi Parlimen mungkin akan memberi tumpuan di Kelantan bagi memecahkan undi Melayu PAS/ UMNO.

Oleh yang demikian, pandangan  penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff bahawa DAP tetap akan menjadi parti yang mendominasi pakatan pembangkang dikira  amat tepat.

Ternyata, muafakat yang diumumkan pembangkang dalam konvensyen Pakatan Harapan semalam hanya mengelabui mata rakyat Malaysia kerana yang kekal mendominasi pakatan ialah DAP," kata Kamarul Zaman dalam analisisnya di Facebook beliau hari ini.

Beliau mempersoalkan berapa ramai agaknya rakyat Malaysia yang tertipu dengan persepsi yang cuba dibina oleh persepakatan dan persetujuan yang terhasil daripada Konvensyen Pakatan Harapan itu, khususnya yang membabitkan pengagihan kerusi Parlimen antara PPBM, PKR, DAP dan PAN.

"Mungkin ada yang terdiam dan ada yang terpesona dengan pengagihan kerusi-kerusi Parlimen ini kerana kononnya ia adalah bukti bahawa yang akan mendominasi Pakatan Harapan ialah parti Melayu  Islam PPBM, bukannya parti bukan Melayu bukan Islam DAP." ujarnya lagi. 

Agihan kerusi berdasarkan persefahaman Pakatan Harapan ialah PPBM  di 52 kerusi, PKR (51), DAP ( 35)  PAN (27). Semenanjung Malaysia memiliki sejumlah 165 kerusi Parlimen. - Kedahnews.com