"Rumah siap tetapi pahat masih berbunyi".
Selain mendakwa mesyuarat agung tahunan (AGM ) itu tidak mengikut perlembagaan, perhimpunan itu dilihat sebagai 'syok sendiri'.
Seperti sudah dijangka AGM) pertama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pada Sabtu lalu akan dipertikakian oleh ahli parti itu sendiri.
Semalam Ketua Bahagian PPBM Temerloh, Amerus Che Onn membuat laporan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) untuk menggesa siasatan terperinci dijalankan terhadap kesahihan AGM itu.
Kata Amerus, AGM pada Sabtu lalu dilihat 'syok sendiri' kerana hanya memperjuangkan kepentingan individu tertentu dan tiada inisiatif untuk menyelesaikan kemelut dalaman parti.
Beliau mendakwa pemilihan perwakilan ke AGM tidak dibuat ikut perlembagaan parti. Tiada perhimpunan di peringkat cawangan dan bahagian untuk memilih perwakilan hadir AGM pertama itu.
Selain itu, perhimpunan untuk Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) dan Srikandi juga tidak diadakan.
"Saya rasa kami ditipu dan dipermainkan. Maka, saya mendesak RoS membuat siastan terperinci berhubung perkara ini," katanya sepertima yang dilapor oleh media tempatan.
Amerus berkata AGM pertama itu hanya memberi tumpuan kepada pimpinan tertentu sahaja dan perwakilan bahagian tidak diberi hak untuk menyuarakan pandangan.
"Matlamat sebenar penubuhan PPBM sudah tidak wujud kerana kepimpinan tertinggi hanya memperjuangkan kepentingan individu sehingga isu dalaman parti tidak diselesaikan,' katanya.
Sehubungan itu, Amerus mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meletak jawatan sebagai pengerusi PPBM dan Pakatan Harapan kerana hanya memperjuangkan kepentingan peribadi.
Sabtu lalu, PPBM mengadakan AGM pertama yang dihadiri 941 perwakilan daripada 137 bahagian di Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam selepas diberikan amaran oleh RoS kerana ia tidak mengikut perlembagaan yang dibuat oleh parti itu sendiri.
AGM menjadi pentas kepada Dr. Mahathir untuk menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selain memperjuangkan kedudukan beliau untuk menjadi calon perdana menteri.
Dr. Mahathir yang melepaskan jawatan Presiden UMNO lebih 15 tahun lalu juga menggunakan pentas politik PPBM itu untuk menyerang PAS dan menggelar bekas pemimpin PPBM yang keluar parti sebagai 'sampah'.
Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Timbalan Presiden parti itu Datuk Seri Mukhriz Mahathir menggunakan pentas itu untuk memperjuangkan kedudukan Mahathir, 93, sebagai calon Perdana Menteri jika Pakatan Harapan berjaya menumbangkan Barisan Nasionala pada pilihanraya umum yang dijadual dilaksanakan dalam tempoh lima bulan dari sekarang. -Kedahnews.com