Ahmad Fakhrurazi Kongsi Coretan Kematian Sebelum Maut Dalam Kebakaran


KUALA TERENGGANU - Timbalan Ketua UMNO Cawangan Kuala Ibai yang meninggal dunia dalam kebakaran rumahnya pagi tadi, sempat memuat naik status mengenai kematian di akaun Facebook miliknya, semalam.

Status yang dimuat naik Ahmad Fakhrurazi Shafie, 45, pada jam 7.22 pagi semalam itu meruntun hati rakan laman sosialnya itu sebaik mendapat berita tragedi menimpa mangsa, pagi ini.

Status yang dimuat naik Allahyarham adalah seperti berikut:


Assalam...

Fahamilah 7 Perkara Dalam Hidup Kita :

1. Apabila Meninggal Dunia Seorang Ayah,

Maka Matilah Pimpinan dan Nasihatnya...

2. Apabila Meninggal Dunia Seorang Ibu,

Maka Terpadamlah Cahaya Kelembutan Belaian dan Tunjuk Ajarnya...

3. Apabila Meninggal Dunia Seorang Abang, Maka Longlailah Cita-Cita Yang Dikongsi Bersama...

4. Apabila Meninggal Dunia Seorang Kakak, Maka Hilanglah Senyuman Kasihnya...

5. Apabila Meninggal Dunia Adik2 Mu,

Maka Hilanglah Tempat Tumpang Kasih, Nakal, Gurauan dan Keceriaanya...

6. Apabila Meninggal Dunia Pasangan Mu,

Maka Pudarlah Perkongsian Harapan, Perasaan dan Keceriaannya...

7. Apabila Meninggal Dunia Seorang Sahabat,

Maka Pudarlah Sinar Nasihat & Doa Tulus Dari Bersih Hatinya...

Ketahuilah....

Hidup Ini Sangat Singkat Untuk Kedengkian, Kemarahan, Kebencian dan Memutuskan Hubungan Kerana ESOK Semuanya Hanya Tinggal Kenangan.

Maka.....

Senyumlah, Berlapang Dadalah, Maafkanlah Sesiapa Yang Menyakitkan Kita Kerana Kita Tidak Tahu.... Bila Kita Akan Berangkat ' Meninggalkan' Dunia Yang Fana Ini....

Wallahu a'lam bish-shawabi.

Status itu turut menerima 168 'Like', dikongsi sebanyak 17 kali dan mengumpul 102 komen sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi tadi, Ahmad Fakhrurazi meninggal dunia selepas dipercayai sesak nafas ketika menyelamatkan anak bongsunya dalam kebakaran rumahnya di Kampung Kuala Ibai, di sini.

Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sambil memeluk anaknya, Muhammad Aqil Harith, 3, di halaman rumah oleh anak saudaranya.

Sumber: BH Online