Aisyah Tak Terima Undangan Menyanyi Sejak Masuk Politik


PENGHIBUR tanah air, Aishah mengakui sejak menjadi aktivis politik, beliau sudah tidak lagi menerima sebarangan undangan nyanyian.

Aishah berkata demikian ketika menjadi tetamu dalam program LIVE FB Sinar Harian; Anda Tanya Aishah Jawab, semalam.

Biarpun tidak mengetahui sama ada dia disenarai hitam atau tidak, namun perkara itu benar-benar berlaku kepadanya.

“Saya tak tau ia apa, tetapi memang tak ada lagi jemputan. Perkara ini saya tak nampak secara fizikal mengenai larangan itu.

“Nanti saya cakap, kata tak wujud pula perkara begitu. Tapi, memang saya tak terima undangan sejak daripada itulah (aktif politik),” katanya.

Katanya, peluang dan ruang dengan menyertai Gegar Vaganza dipenuhi sebaiknya untuk terus berkarya.

“Saya sangat terharu kerana sudah ada medium yang boleh golongan artis seperti saya gunakan untuk kembangkan kerjaya,” katanya yang juga merupakan juara Gegar Vaganza musim keempat.

Sebelum ini, Aishah menyertai parti politik Pas sejak PRU13 lalu dan pernah menjadi calon untuk bertanding di Parlimen Jempol.

Selepas mendapati Pas sudah tidak sama perjuangannya, Aishah bertukar ke PAN.

Sumber -Sinar