ALOR SETAR - Seorang penunggang motosikal maut dalam keadaan yang agak menyayat hati selepas kenderaan dinaiki bergesel dengan motosikal lain.
Akibat pergeseran itu,mangsa yang terjatuh dari motosikal telah dirempuh sebuah van berhampiran simpang tiga Kuala-Ketil-Parit Panjang yang datang dari arah bertentangan dalam kejadian jam 8.30 malam semalam.
Saksi kejadian Muhammad Aizat Mustafa,18 berkata mangsa berusia 20-an dikatakan datang dari arah Parit Panjang cuba memotong motosikal lain sebelum bergesel dan terjatuh ke arah lorong bertentangan.
“Mangsa terjatuh ke lorong sebelah sebelum dirempuh sebuah van dari arah Kuala Ketil," katanya kepada pemberita, semalam.
Sementara itu, polis mengesahkan kejadian berkenaan. - Kedahnews.com