Pertubuhan Pribumi Perkasa Melaysia (Perkasa) menolak cadangan untuk melantik bekas banduan, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai bakal Perdana Menteri Ke-8 bagi menggantikkan Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Presiden Perkasa Datuk Dr Ibrahim Ali berkata beliau juga terperanjat, apabila Dr. Mahahir Mohamad dicalonkan semula sebagai 'Perdana Menteri' oleh Pakatan Harapan dan kemudian akan melepaskan jawatan itu pula kepada Anwar.
Selepas itu, katanya, Dr. Mahathir akan lepaskan jawatanya kepada Anwar Ibrahim sebaik keluar dari penjara nanti.
“Kenapa PH masih hendak menobatkan seorang bekas banduan sebagai perdana menteri? Kalau ini cara dan kaedahnya, saya tidak tahu macam mana mereka hendak mentadbir negara" persoal bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu.
“Kita ada perlembagaan, tapi di Malaysia agak aneh, ada banduan bakal diumumkan akan menjadi perdana menteri kelapan,” katanya.
Dr. Ibrahim yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Mas menyatakan, seseorang banduan yang hendak mendapatkan pengampunan Yang di-Pertuan Agong kena melalui banyak proses.
Bagaimanapun ujarnyabeliau pengumuman PH itu seolah membelakangi kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan akan berbuat apa sahaja bila memerintah.
“Ada cita-cita, ada matlamat untuk menjadi perdana menteri pun perlu ikut peraturan dan undang-undang, yang mana akhir sekali kita lihat PH ini milik tiga beranak. Anwar (perdana menteri), isteri (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) timbalan perdana menteri dan anak (Nurul Izzah) menteri.
“Kita seolah-olah tidak ada pemimpin lain yang berwibawa untuk jadi perdana menteri,” katanya.
Menurutnya, semua pihak perlu menghormati undang-undang dan prosedur Pengampunan Diraja bukannya terus membuat pengumuman Anwar akan menjadi perdana menteri selepas dibebaskan.
Ahad lalu, Pakatan Harapan telah menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai perdana menteri dan timbalan perdana menteri sementara jika gabungan pembangkang berjaya menumbangkan BN pada pilihan raya umum akan datang.
Parti itu termasuk Dr. Mahathtir juga akan berjanji membebaskan segera Anwar dan kemudian melantiknya sebagai perdana menteri baru dalam masa enam hingga 12 bulan.
Sementara itu beberapa pihak meragui janji Dr. Mahathir untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri dalam masa yang singkat kepada Anwar.
Tiada siapa di kalangan pemimpin Pakatan yang boleh memberikan jaminan itu, malah Dr. Mahathir boleh membuat apa juga keputusan setelah berkuasa seperti mana beliau lakukan sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
Dr. Mahathir diikatakan berhasrat untuk melantik anaknya, Datuk Seri Mukhriz untuk mewarisi jawatan itu di samping mahu menyelamatkan kekayaan keluarga serta kroninya.
Bagi mencapai matlamat peribadinya itu, Dr. Mahathir dikatakan pula akan berusaha untuk melambatkan proses pembebasan Anwar apabila diberi kuasa kelak walaupun kini beriya-iya mahu memperjuangkan pembebasan Anwar. - Kedahnews.com