Arshad Ayub Nasihatkan Graduan, 'Jangan Pandang Lekeh Orang Berniaga... '


Walaupun Tun Dr Mahathir Mohamad masih terus memandang rendah terhadap graduan terlatih yang terpaksa memilih untuk menjual nasi lemak sebagai kerjaya mereka, tokoh-tokoh akademik dan usahawan pula mahu graduan berani menceburi perniagaan dan tidak hanya bergantung kepada kerajaan atau makan gaji.

Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan mendakwa jika graduan memilih untuk jual nasi lemak dan sebagainya ia merupakan satu pembaziran.

Beliau juga tetap mempertahkannya kenyataan bahawa peluang pekerjaan makin merosot sehingga ada kalangan mereka yang terlatih dalam bidang jurutera tiada kerja dan terpaksa jual nasi lemak.

"Kalau kita belanjakan ratusan ribu ringgit untuk melatih seseorang yang akhirnya akan menjual nasi lemak, itu adalah membazir, kalau kita betul-betul berminat jual nasi lemak, tak payahlah kita jadikan dia seorang jurutera," katanya dalam siaran langsung “Policy Talk” di Facebooknya.

Namun demikian bagi Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Arshad Ayub mahu  siswazah bumiputera berani menentang arus dengan melakukan pekerjaan di luar bidang dipelajari demi mengumpul pengalaman kerja.

Golongan itu juga digalak menceburi bidang keusahawanan dan tidak memperlekeh bidang berkenaan.

"Memang graduan akan memilih kerja mengikut bidang (yang dipelajari), kadang-kadang setahun, dua atau tiga tahun belum dapat pekerjaan sesuai.

Namun jangan takut untuk mencari pengalaman dalam bidang berlainan misalnya perniagaan. Jangan harap makan gaji, " kata beliau katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan terbitan Bernama News Channel di sini semalam.

Beliau juga menyatakan menjadi peniaga nasi lemak pun bukanlah kerja yang mudah,  tetapi perlu membuat berbagai persiapan termasuk hendak mencari pelanggan.

Sikap sesetengah siswazah yang mempunyai jangkaan terlalu tinggi terhadap kerjaya yang mahu diceburi tanpa memikirkan realiti sebenar pekerjaan juga menjadi punca mereka masih mengganggur, ujar beliau.

"Siswazah bumiputera perlu berani menentang arus dengan melakukan pekerjaan di luar bidang dipelajari demi mengumpul pengalaman kerja.

"Memang graduan akan memilih kerja mengikut bidang (yang dipelajari), kadang-kadang setahun, dua atau tiga tahun belum dapat pekerjaan sesuai. Namun jangan takut untuk mencari pengalaman dalam bidang berlainan misalnya perniagaan. Jangan harap makan gaji, " ujar Arshad .

 Menurutnya sikap sesetengah siswazah yang mempunyai jangkaan terlalu tinggi terhadap kerjaya yang mahu diceburi tanpa memikirkan realiti sebenar. - Kedahnews.com