Bakal Menteri Besar Kedah: Tunku Aziz Tempelak Kenyataan Zam


Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali Zam hari ini ditempelak bekas Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim selepas menyatakan Abdul Aziz bakal menggantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah.

Kenyataan Zam itu juga dilihat sebagai satu lagi pembohongan atau rekaan oleh bekas ketua pengarang sebuah akhbar arus perdana.

Zam mendakwa bahawa  Abdu Aziz menawarkan dirinya untuk menjadi Menteri Besar Kedah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tunku Abdul Aziz menegaskan beliau tidak pernah mempunyai cita-cita untuk memegang jawatan dalam politik lebih-lebih lagi di Kedah.

"Kalau saya mahu jadi Menteri Besar, sejak dulu saya sudah masuk UMNO. Saya kini sudah 84 tahun, lebih baik saya duduk di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga daripada menjadi Menteri Besar", katanya pada sidang akhbar hari ini.

Beliau menyifatkan  kenyataan Zam itu  bermotifkan politik kerana ia terbit sehari selepas  sidang akhbar berkenaan pertanyaan kepada Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kebenaran bahawa beliau mahu anaknya, Mukhriz  bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) atas tiket UMNO.

Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang lahir di Alor Setar, Kedah  pada 1934  adalah kerabat  diraja Kedah.

Umum mengetahu Zam adalah penyokong tegar Dr. Mahathir kerana bekas Perdana Menteri itu yang membawanya ke Kedah untuk bertanding di parlimen Merbok sehingga diangkat sebagai timbalan menteri dan menteri penerangan.

Zam dalam tulisannya bertajuk ‘Tunku Abdul Aziz Leluarga Diraja Bakal MB Kedah Ganti Ahmad Bashah’ yang dimuat naik dalam laman blognya pada Sabtu lalu. - Kedah news.com