KOTA BHARU - Bayi yang dilarikan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, sudah diserah semula kepada pihak hospital.
Bayi perempuan pra matang tersebut diserah sendiri oleh ibu kandungnya pada jam 5 petang, Isnin lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Hasanuddin Hasan berkata, pihak hospital memaklumkan kepada polis dan mengesahkan menerima bayi berkenaan dalam keadaan sihat.
"Saya difahamkan oleh pihak hospital, wanita itu menyerahkan semula bayinya kerana masih memerlukan rawatan.
"Setakat ini bayi berkenaan berada dalam keadaan stabil dan ibu bapanya masih dicari polis untuk membantu siasatan," katanya.
Sumber: Sinar Harian