Biadab! Pemimpin Himpunan BERSIH Dakwa Al-Quran Kitab Plagiat, Ditiru


ALOR SETAR - Pengasas bersama Himpunan Hijau Anti-Lynas Clement Chin dilaporkan telah menuduh Al-Quran sebagai sebuah kitab plagiat, dengan 70 peratus isi kandungannya dicedok daripada cerita-cerita lama yang ada sebelum kewujudan Islam itu sendiri.

Tuduhan tidak bertanggungjawab itu merupakan antara sebahagian daripada kenyataannya yang dipetik menerusi akaun Facebooknya, yang mengandungi sentimen-sentimen negatif terhadap Islam yang kerap beliau hasilkan di media sosial itu.

Clement Chin dalam kenyataannya mempertikai umat Islam kerana membaca Al-Quran yang kononnya diplagiat dan lebih separuh daripadanya adalah kisah yang ditiru.

"Mengapa kamu membaca kitab yang telah diplagiat? Kandungan al-Quran adalah 70% cerita-cerita yang wujud sebelum Islam yang ditiru," tulisnya.

Clement yang dikatakan pernah terlibat dalam aktiviti untuk mengedarkan kitab-kitab Bible dalam laci hotel sewaktu berkhidmat dengan Gideon International di Kuantan ini juga menuduh kitab suci umat Islam tersebut telah diubah berkali-kali.

Beliau mendakwa, pengubahan berkali-kali itu kononnya dilakukan dalam tempoh ratusan tahun ini hanya untuk menjadikannya bermelodi dan mudah bagi dihafal, serta memiliki sekurang-kurangnya 26 versi teks.

"Tahukah kamu bahawa terdapat sekurang-kurangnya 26 versi teks al-Quran?"

"Al-Quran telah banyak kali diedit, dipinda, dipadam dan ditulis semula selama berkurun-berkurun ini bagi menjadikannya “bermelodi” dan mudah untuk dihafal," dakwanya.

Selain itu, beliau turut menuduh Nabi Muhammad SAW sebagai "sesat" kononnya kerana menggunakan kalimah Allah bagi Tuhan yang disifatkannya sebagai berasal daripada sembahan masyarakat pagan Mekah yang menyembah berhala.

"Agama Kristian telah wujud di Arab selama lebih 400 tahun sebelum kelahiran Muhammad. Jadi sekiranya Muhammad jujur dengan agamanya, sekurang-kurangnya dia patut tahu bahawa nama sebenar Jesus dalam bahasa Arab ialah “Yasu” dan dia patut tahu nama sebenar Tuhan ialah “Yahwah” dalam Hebrew dan ilah dalam bahasa Arab dan Elah dalam Aramaik kerana masyarakat awal Kristian Arab tidak pernah menggelarkan Tuhan mereka sebagai Allah.

"Perkataan Allah datang daripada asal pagan masyarakat Mekah di mana ayah Muhammad 'Abd-Allah' merupakan seorang penyembah berhala yang tegar," katanya memetik laporan sebuah portal.

Clement Chin yang pernah mengumumkan bahawa Himpunan Hijau adalah sebagai sebahagian daripada BERSIH itu juga menuduh umat Islam sedang memuliakan Dewa Bulan Hubal.

Beliau mendakwa ia merupakan sebagai tanda betapa makbulnya doa pagan Abu Sufyan ketika perang Badar sewaktu menentang umat Islam di dalam peperangan tersebut.

"Adakah dewa bulan Hubal tidak lagi 'lebih tinggi'. Adakah Islam sepenuhnya bebas dari pengaruh 'bulan'? Perhatikan dengan dekat kepada masjid-masjid di seluruh dunia, dan kamu tentu akan dapat menjumpai simbol Hubal, bulan sabit, diletakkan di bahagian yang paling tinggi di masjid.

"Mungkin ia bukan usaha secara sengaja untuk menyembah Hubal. Namun, yang menariknya, melalui Islam, doa pagan musuh Muhammad, Abu Sufyan telah dimakbulkan, “O Hubal, meninggilah”," tulisnya.

Aktivis Kristian itu juga menuduh negara-negara Islam sebagai bermasalah kerana tidak memberi hak untuk mengkritik agama Islam, kitab suci Al-Quran dan Nabi Muhammad.

"Salah satu masalah yang dihadapi oleh negara-negara Muslim hari ini adalah kegagalan untuk menguruskan hak asasi manusia, kerana Islam tidak mengiktiraf hak sama rata bagi kaum wanita, minoriti dan hak untuk kebebasan beragama, atau hak untuk mengkritik Islam, Quran, atau Muhammad.

"Di mana Islam berkuasa, hak asasi manusia akan disekat atas nama ideologi agama," tulisnya di laman sosial. - Kedahnews.com