Bunuh Isteri Kerana Tukar Program TV Bolasepak


LELAKI dituduh menikam isterinya hingga mati kerana menukar siaran televisyen ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Amerika.

Tertuduh, Tony Thomas, 58, dari Carlisle, Arkansas, Amerika Syarikat (AS) mengamuk dengan tindakan isterinya, Elke yang menukar siaran ketika Thomas keluar rumah untuk merokok.

Polis berkata, Thomas mengaku membunuh isterinya dan didakwa atas tuduhan itu, Isnin lalu.

Menurutnya, pasangan itu bertengkar selepas wanita itu menukar siaran televisyen sebelum dia ditikam.

Penyiasat menemui kesan darah di beberapa kawasan termasuk lantai, dinding, meja serta televisyen.

Thomas turut dipercayai mengheret mayat isterinya melalui dapur ke halaman belakang dan menutupnya dengan selimut serta kanvas.

“Thomas bertanya mengenai skor perlawanan kepada isterinya sebelum mangsa menengkingnya,” kata Detektif Jabatan Sherif Daerah Lonoke, Anthony Counts dalam afidavitnya.

Thomas turut mendakwa dia pengsan ketika menyerang mangsa dan hanya ‘sedar’ ketika berdiri di sebelah mayat isterinya sambil memegang pisau.

Sumber: Metro