“Cuba Lawan Naluri” – Yusuf Azmi Tegur Sajat Isu Jantina


PERDEBATAN netizen berhubung isu jantina usahawan, Nur Sajat sampai ke klimaks apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bertemu dengan ‘wanita’ itu pada 16 Januari lalu.

Ternyata perkata itu bukan sahaja mendapat sambutan balas daripada netizen malah turut menarik perhatian beberapa public figure termasuk Pengasas Semboyan Satu Malaysia, Muhammad Yusuf Azmi.

Muhammad Yusuf yang juga aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyeru orang ramai agar bersikap lebih berhemah ketika berbicara mengenai isu jantina Sajat.

Katanya, agama Islam itu sendiri adalah indah yang turut mengajar umatnya cara terbaik dalam mengendali dan menyelesaikan berhubung kemelut isu panas tersebut.

Tambah Muhammad Yusuf lagi, golongan seperti itu perlu ditarbiyah kemudian mengajar dan mengajak mereka untuk lebih mendekati ajaran Islam.

“Saya sebenarnya bukan ahli nak bercakap soal ini, tapi saya cuma nak beritahu ada cara nak nasihat golongan ini.

“Kita kena tarbiyah mereka, ajak kepada Islam jangan jauhkan mereka daripada Islam,” katanya seperti dipetik laman Sinar Online.

Dalam pada itu, Muhammad Yusuf turut sempat menitipkan nasihat buat pengasas produk Let’s Cantik itu dalam menghadapi isu jantina ini.

“Saya nak beritahu kepada Sajat cuba lawan naluri yang ada dalam itu, dekat dengan ALLAH, lawan, sebab tiada perkara dalam hidup ini ALLAH turunkan adalah untuk rosakan kita.

“Perlakuan dia yang lain bukan baik… Tetapi soal naluri terlalu kuat jadi sukar untuk dia jadi kena lawan, masyarakat perlu beri ruang dan peluang untuknya berubah kembali ke pangkal jalan,” ujarnya

Status jantina Sajat mula menjadi perbualan ramai apabila pihak Jakim menyatakan hasrat untuk mengadakan pertemuan dengan Sajat pada 15 Januari lepas.

Susulan perkara itu, Sajat kemudiannya menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan pihak Jakim dan ‘perbincangan’ secara tertutup itu diadakan di Wisma Nur Sajat, Shah Alam pada 16 Januari lalu. – Kedahnews.com