DAP Perlu Korban Kerusi 'Mudah Menang' Jika Mahu Selamatkan Mahathir


Tun Dr. Mahathir Mohamad menolak pelawaan  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk bertanding di Parlimen Gombak pada PRU ke14.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu yang juga calon Perdana Menteri gabungan permbangkang  berkata beliau lebih berminat untuk bertanding di Langkawi, Kubang Pasu dan Putrajaya.

Dr Mahathir sedar beliau tidak mungkin menang di Gombak walaupun beliau kini berstatus calon Perdana Menteri ke-7.

Pada PRU 13 Azmin dengan sokongan padu parti PAS  mendapat 4,734 undi majoriti sementara calon Barisan Nasional, Datuk Dr. Rahman Ismail memperoleh yang memperoleh 50,093 undi.

PAS yang tiada lagi kerjasama dengan PKR pada PRU14 sudah sedia menunggu kehadiran Dr. Mahathir untuk bertanding di kawasan itu.

Azmin  dikatakan mahu mempastikan Dr. Mahathir kalah di Gombak agar Pengerusi Pakatan itu tidak berpeluang untuk jadi Perdana Menteri.

Bagaimanapun Dr. Mahathir semasa ditanya wartawan selepas perasmian PPBM Bahagian Setiawangsa malam tadi hanya mengucapkan terima kasih kepada Azmin di atas pelawaan itu.

Dr. Mahathir juga menyuarakan kebimbangan Pakatan Harapan tidak akan menang jika pakatan  tidak mampu bersaing dengan BN dalam PRU14 akan datang.

/sebenarnya tidak ada kerusi yang selamat bagi Dr. Mahathir pada PRU14 ini setelah beliau memilih untuk menentang UMNO dan PAS. 

Lim Kit Siang boleh bertanding di mana-mana kerusi majoriti pengundi Cina  tetapi bukan bagi Dr. Mahathir.

Jika Dr. Mahathir bertanding di Kubang Pasu atau Langkawi pun  belum tentu kemenangan akan memihak kepadanya.

Hanya DAP yang boleh 'menyelamatkan' Dr Mahathir jika parti itu sedia mengorbankan kerusi kawasan bandar yang dimenangi oleh parti itu  dengan majoriti besar pada PRU13. - Kedahnews.com