"Dia Dah Tua..., Biarkankan Dia Insaf Sendiri" - Hadi Awang


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Pengerusi  Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berhasrat untuk memegang semula tampuk kuasa negara ini, semakin hari semakin terdesak hingga sanggup menuduh apa sahaja kepada orang lain.

 Hadi berkata, bekas Perdana Menteri kini menjadikan serangan peribadi sebagai taktik politiknya untuk menjatuhkan pemimpin lain.

"Memang melampaulah (melabel kafir dan pengkhianat). Tetapi biarlah dia (Dr. Mahathir) insaf sendirilah. Dia orang tua dah..., kata Abdul Hadi menjawab tuduhan Dr. Mahathir terhadapnya. .

 Abdul Hadi juga melihat Dr. Mahathir seperti cukup terdesak,  seperti  orang  yang sudah rapat ke dinding. 

"Apabila rapat ke dinding, dia tak boleh nak pergi. Dia (terpaksa) rempuh dinding itu. Jadi tak pasal-pasal pecah kepala sendiri.... Jangan pecahkan kepala sendiri," katanya ketika ditemui selepas pelancaran markas besar PAS bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 di Pengkalan Berangan Marang, semalam.

Dr. Mahathir yang juga  Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) melabel  Hadi sebagai kafir dan pengkhianat kerana bekerjasama dengan UMNO.

Ahli Parlimen Marang bagaimanapun  turut menasihatkan Dr Mahathir supaya bertaubat kerana melabel dirinya sebegitu rupa.

"Dia kena duduk sorang-sorang (bersendirian) dan fikirkan semula (apa yang dia cakap). Fikir dan kena banyak membaca. Jangan baca buku perubatan saja, buku Islam pun kena baca.

"Saya biarkan dia insaf sendiri. Mudah-mudahan dia insaf. Antara saya dan dia saya sudah maafkan. Antara dia dengan tuhan, dia kena bertaubat," katanya.

Dr Mahathir kini seperti tidak dapat mengawal perasaan dirinya  dan akan melepaskan  geram seperti mana berlaku semasa beliau merasmikan Perhimpunan Agung PPBM minggu lalu dan pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada Rabu sempena pelancaran program barunya ‘Policy Talk’semalam.

Terbaharu, Dr. Mahathir juga  bersedia junjung Quran untuk bersumpah di masjid bagi membuktikan beliau bukanlah orang yang memecat bekas Ketua Hakim Negara Allahyarham Tun Salleh Abbas pada tahun 1998.

Sebaliknya dakwa Dr. Mahathir, ia adalah atas kehendak Yang di - Pertuan Agung Almarhum Sultan Iskandar. - Kedahnews.com