Diktator, Mahazalim, Mahafiraun: Mahathir Sindir Sinis DAP, PKR, PAN?


ALOR SETAR - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah menyindir sekutu partinya sendiri, DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (PAN) yang sejak sekian lama menggelar beliau dengan pelbagai gelaran keji.

Untuk kepastian, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak hari ini mempersoal sama ada kenyataan Mahathir di blognya baru-baru ini bertujuan untuk menyindir rakan-rakan sekutunya itu.

"Mahathir mengakhiri catatannya dengan berkata, “jadi teruskan menggelar saya diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik, dan menjadi terlampau kaya melalui rasuah. Ini adalah benar, sebenar-benarnya,  tiada lain melainkan benar.”

"Yang sebenarnya mereka  yang menggelar  Mahathir diktator, Mahazalim dan Mahafiraun, tidak demokratik dan kini menjadi terlampau kaya melalui rasuah” adalah mereka yang berada dalam Pakatan Harapan,"  katanya, dalam catatan terbaru blog beliau, hari ini.

Selain itu, Salleh turut menulis bahawa Mahathir berkemungkinan lupa pada suatu perkara penting bahawa mereka yang mengelar beliau dengan gelaran-geralan itu kini adalah sekutu dan rakan politiknya sekarang.

"...atau apakah sebenarnya beliau memang mahu menyindir sekutu politiknya sekarang?" tanya Salleh. - Kedahnews.com