Domino's Beri 100 Piza Percuma 3 Februari Ini


SELANGOR - Penggemar piza bersiap sedia!

Domino's Pizza akan memberikan 100 piza peribadi secara percuma di kedai-kedai terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia pada setiap minggu mulai esok hingga 3 Februari 2018.

Pastikan anda menandakan kalendar untuk bersama keluarga dan rakan-rakan anda untuk menjadi antara 100 orang yang juga akan dapat merasai Cheese Tarik Crust, sensasi keju terkini dari Domino's.

Dalam kenyataan akhbar Domino's hari ini berkata, pemberian piza mulai jam 3 hingga 4 petang di kedai-kedai Domino's yang terpilih.

Lokasi akan diumumkan melalui laman Facebook rasmi Domino's www.facebook.com/DominosMY atau http://bit.ly/JJC100P.

Jalan Jalan Cari 100 Piza adalah sebahagian daripada usaha Domino's untuk mengucapkan terima kasih kepada peminatnya yang setia memberikan sokongan yang berterusan.

Untuk maklumat lanjut mengenai lokasi akan datang, lawati laman Facebook Domino's @DominosMY.

Buat pesanan melalui lawatan ke kedai kami, pesanan talian di http://www.dominos.com.my/, atau hubungi 1300-888-333.

Untuk maklumat lanjut mengenai Domino's Pizza Malaysia dan promosi lain, lawati kami di http://www.dominos.com.my/.

Sumber: BH Online