Ekonomi Pulau Pinang Pinang Meningkat, Bukti Najib Urus Negara Dengan Baik


Sebelum ini, pemimpin DAP, PKR dan PPBM mendakwa ramai rakyat Malaysia menganggur dalam ceramah politik mereka.

Malah DAP juga pernah mencadangkan agar ramai kakitangan awam dibuang kerja jika Pakatan Harapan memerintah kerana jumlahnya kini berlebihan.

Mereka lalu menyalahlah kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak kerana  mendakwakadar pengangguran tinggi.

Semalam Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memberitahu bahawa Pulau Pinang masih kekurangan 20,000 tenaga kerja.

Ketua Menterinya berkata jangkaan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) seramai 50,000 orang akan kehilangan pekerjaan pada tahun ini, tidak berlaku di Pulau Pinang.

“Pemberhentian pekerja seramai 50,000 di Malaysia yang didakwa oleh MEF tidak berlaku di sini,” katanya melalui rakaman video di Facebook.

Sebaliknya, Guan Eng dengan bangga mengunjurkan pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang lebih 6.0 peratus pada 2018  dengan menyaksikan kenaikan memerangsangkan dalam segmen pembuatan.

Dalam tempoh sembilan bulan pertama, Pulau Pinang merekodkan pelaburan sejumlah RM9.9 bilion, kenaikan sekali ganda berbanding RM4.3 bilion pada tahun sebelumnya.

Berbanding di bandar-bandar lain, yang menyaksikan penurunan dalam sektor pelancongan tetapi di Pulau Pinang masih mencatatkan kenaikan di bahagian pulau dan seberang.

“Kadar penginapan,hotel-hotel lima bintang juga menyaksikan kadar 75 peratus,” tambahnya.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang juga sesak dengan menyaksikan  lebih kapasiti 6.5 juta pelancong.

“Kita sudah melebihi kapasiti pada tahun 2016 dengan 6.7 juta penumpang, sedangkan unjuran 6.5 juta itu disasarkan pada tahun 2020,” katanya.

Berdasarkan kenyataan Guan Eng itu menunjukan ekonomi negara bertambah kukuh dan tidaklah menuju kepada negara bangkrap seperti yang dirama oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Pertubuhan ekonomi negara yang didakwa Guan Eng sebanyak 6.0 peratus juga membuktikan tuduhan Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa negara salah urus dan menghadapi zaman kelam tidaklah benar.

Kedatangan pelancong juga katanya bertambah, bukti rakyat luar suka datang ke negara ini walaupun Dr Mahathir dan pemimpin pembangkang seringkali  memburukkan negara ini di luar negara.

 DAP juga menentang GST hingga mendakwa 'BN kerajaan gila' tidak memberi kesan kepada kemasukkan pelancong.

Jika demikian realitinya, apa perlunya Pakatan Harapan hendak selamatkan Malaysia lagi?

Guan Eng kini terpaksa menelan ludahnya kembali apabila memberikan gambar positif terhadap ekonomi negeri itu.

Kebijaksanaan kerajaan Pusat mentadbir membolehkan ekonomi Pulau Pinang juga meningkat. - Kedahnews.com