Ezam Mahu Mahathir Beri Luluan Kepada Azmin Jadi PM



Perebutan jawatan Perdana Menteri di kalangan parti pembangkang dijangka berlanjutan sehingga PRU14 jika ia tidak dimuktamadkan dengan segera.

Kini  nama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula disebut-sebut pula sebagai tokoh muda yang paling layak berbanding pemimpin veteran Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini berusia 93 tahun..

Sehubngan itu bekas senator, Datuk Seri Mohamad Ezam Mohd Nor tidak bersetuju dengan langkah gabungan pembangkang, Pakatan Harapan (PH) untuk menamakan Dr Mahathir  sebagai calon Perdana Menteri.

Ezam berkata, pembangkang perlu berani melakukan perubahan dan mereka sepatutnya menamakan Azmin sebagai calon Perdana Menteri dan bukannya Dr Mahathir yang dilihat sudah terlalu lama dalam kancah politik negara.

Azmin ialah Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dilihat lebih layak berbanding Dr. Mahatthir yang kini sudah berusia 93 tahun.

“Harapan (PH) juga semestinya lebih berani menamakan Azmin sebagai perdana menteri, Mukhriz (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) sebagai timbalan perdana menteri bersama Nurul Izzah Anwar dan beberapa tokoh-tokoh muda lain membina pasukan mantap di Putrajaya.

“Berubah bukan asal berubah. Ia harus mempunyai asas kukuh. Meletakkan Azmin sebagai perdana menteri ada asasnya. Beliau berjaya mentadbir Selangor dengan cemerlang hanya dalam tempoh tiga tahun diberi amanah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bekas pemimpin PKR itu juga membidas pembangkang kerana dilihat bergantung kepada pemimpin lama untuk melawan pemerintah kerajaan, walhal tugas itu sepatutnya digalas oleh pemimpin muda dan baharu.

“Tokoh-tokoh besar seperti Dr Mahathir, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyidin Yassin, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Lim Kit Siang wajar memberi laluan kepada tokoh-tokoh muda. 

“Dalam sejarah silam terlalu banyak kisah dan teladan panglima-panglima muda diberi kesempatan seperti ini oleh tokoh-tokoh besar sebelum mereka,” ujarnya.

PH dijangka mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon perdana menteri sementara sebelum memberi laluan kepada Anwar selepas dibebaskan daripada penjara.

Sebelum ini penasihat DAP, Lim Kit Siang juga dikatakan berminat untuk menduduki jawatan itu seperti mana yang didedahkan oleh bekas pemimpin DAP di Pulau Pinang. 

Kit Sang bagaimanapun menyatakan beliau  tidak terfikir untuk menyandang jawatan itu jika pun DAP menang besar dan pakatan pembangkang dapat membentuk kerajaan baharu selepas PRU14.- Kedahnews.com