Hadkan Tempoh Dua Penggal PM, Peluang Mukhriz Lebih Cerah?


SELEPAS Tun Dr. Mahathir Mohamad mentadbir negara selama 22 tahun, Pakatan Harapan yang diketuai DAP mahu pula menghadkan tempoh dua penggal sahaja jawatan Perdana Menteri jikaparti itu diberi peluang memerintah.

Namun yang menghairankan Pakaran Harapan juga mencalonkan Dr. Mahahtir untuk jawatan itu jika gabungan pembangkang berkenaan menang PRU14.

Sepatutnya pakatan itu juga mencadankang agar mereka yang pernah menjadi Perdana Menteri  tidak seharusnya diberi peluang lagi  untuk memegang jawatan itu.

Namun cadangan menghadkan dua penggal tempoh Perdana Menteri itu juga mungkin cadangan Dr. Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan selain persetujuan rakannya dalam  DAP. 

Jika itu yang berlaku, ia mungkin akan menutup peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan berkenaan sementara harapan Datuk Seri Mukhriz untuk menjadi Perdana Menteri Ke-8 amat cerah.

Mahathir dan Mukhriz tentunya mempunyai persamaan dalam 'percaturan' menentukan kedudukan atau tempoh perkhidmatan sesesorang bakal Perdana Menteri daripada Pakatan Harapan ini.     

Tempoh jawatan Perdana Menteri kepada hanya dua penggal selain mengasingkan jawatan Menteri Kewangan daripada portfolio Perdana Menteri merupakan antara manifesto pakatan pembangkang  sekiranya memenangi pilihan raya umum ke-14, kata Mukhriz yang juga Timbalan Presiden PPBM.

Beliau yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan turut mecadangkan  pelantikan Ketua Polis Negara, Peguam Negara, Ketua Suruhanjaya Pilihan Raya, Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara mesti melalui parlimen dahulu dan bukannya lantikan atas nasihat perdana menteri

Mukhriz yang juga Timbalan Presiden PPBM menyatakan demikian semasa majlis pelancaran rasmi parti itu bagi bahagian Setiawangsa di ibu negara  semalam.

Pada masa yang sama Pakatan Harapan juga dicadangkan agar jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang juga perlu dihadkan kepada dua penggal sahaja. 

Mungkin Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga akan bersetuju dengan cadangan itu.

Sebelum ini Mukhriz semasa memberi keterangan dalam satu kes saman fitnah berkata, setiap ahli politik mempunyai cita-cita untuk memegang jawatan tertinggi negara itu.- Kedahnews.com.