Harga Ikan Bilis RM 348?? Mak Aii Mahalnyaa... Biar Betul!


Tular di media sosial satu perkongsian oleh Nik Yam Chik Zainab di Facebooknya ikan bilis berharga RM348 semasa membuat pembayaran.

Jumlah keseluruhan barangan yang dibeli RM 586.75.

“Naik kereta terus belek resit. Kebiasaannya memang setiap kali nak beli barang saya akan catat dalam kertas atau buku nota supaya barang yang nak dibeli tak tercicir.

“Pelik sebab datang dari mana barang yang boleh cecah sampai RM 600 tu. Bila check dalam list resit baru perasan yang ikan bilis yang saya tandakan tak ada. Yang ada ‘Silverside CTN’ yang saya sendiri tak tahu apa maknanya tu. Bukak balik bonet kereta dan usaha sedaya upaya cari batang hidung ikan bilis.

“Dan lihatlah apa yang saya dapat, Ikan bilis yang berharga RM 2.24 tiba-tiba jadi RM 348,”tulisnya.

katanya dia kemudiannya pergi kembali di kaunter dan beritahu yang mereka silap kira.

“Alhamdulillah, duit dapat balik.

Nak pesan je. Rajin-rajinkanlah check balik resit yang kita dapat tu. Total barang tu betul ke tidak. Sama ke tidak dengan harga barang yang kita beli. Dan moga ni kejadian yang terakhir,”akhirinya

Sumber - Suara TV