"Harumanis Busuk, Sekupang Pun Orang Tak Mahu Beli..."


"Harumanis bila dah busuk, dia jatuh sendiri dan pada waktu itu sekupang pun orang tak tak mahu beli, " kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

‘Harumanis’ mula digunakan oleh PAS terhadap ahli-ahlinya yang bertindak keluar parti dan menyertai Parti Amanah Negara (PAN) yang sinomin dengan warga jingga.

Ahad lepas, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar mengumumkan untuk meninggalkan PAS selepas lebih 30 tahun berada dalam parti itu.

Berdasarkan isi kandungan surat kepada Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, Mahfuz berkata, pemberhentian sebagai ahli PAS berkuat kuasa 11.59 malam pada Ahad.

Mengulaskeptusan Mahfuz itu, Tuan Ibrahim pada komennya dalam Facebook menyatakan tidak terkejut pun dengan tindakan bekas Naib Presiden PAS itu yang bertindak keluar parti.

Ujar Tuan Ibrahimnya, ‘Harumanis’ akan jatuh sendiri ke tanah apabila tidak dipedulikan pemiliknya.

“Jangan jadi seperti ayam betina, bila bertelur dia sendiri terkejut dengan telornya, riuh sekampung. Namun tiada siapa pun peduli kecuali jenis ayam juga,” kata Tuan Ibrahimseperti yang dilaporkan MalaysiaGazette semalam.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad berkata ia bukan satu keputusan yang mengejutkan dengan keputusan yang diambil oleh bekas Ketua Pemuda PAS dan bekas Persuruhjaya PAS Kedah itu.

Keputusan yang dibuat oleh Mahfuz itu pasti akan menimbulkan kemarahan ahli-ahli PAS terutama penyokong tegar parti di dalam kawasan Parlimen Pokok Sena, kata  Iskandar yang  juga Exco kerajaan Negeri Selangor. - Kedahnews.com.