'Hina' Sungguh PAS Di Mata Mahathir Dan Pakatan Harapan


Seperti juga Tun Dr. Mahathir Mohamad, Pakatan Harapan Kedah juga tidak ketinggalan memperlekeh kemampuan PAS untuk menang banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Semalam, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri semula menyifatkan hasrat PAS untuk memerintah negara seperti  angan-angan 'Mat Jenin'.  

Sebelum ini Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mafuz Omar berkali-kali mempersenda PAS dengan berbagai tohmahan.

Daripada 130 kerusi Parlimen yang mahu ditandingi PAS, Pakatan Harapan meramalkan hanya15 kerusi yang  boleh dimenangi oleh PAS berbanding 21 kerusi pada PRU13. 

Pakatan Harapan membuat adaian buruk itu kerana PAS bertanding secara bersendirian dan ramai penyokong parti itu dikatakann telah berhijarah kepada Parti Amanah Negara (PAN) yang disokong oleh DAP.

Namun sama ada di sedari atau tidak,  tanpa sokongan pengundi PAS juga, Pakatan yang dianggotai PKR, PAN, PPBM serta DAP juga tidak mungkin mendapat lebih banyak kerusi dan tercapai hasrat itu menawan Putrajaya.

Sebelum ini Pakatan Harapan begitu mengharapkan PAS agar bekerjasama dengan mereka. Oleh kerana keenganan PAS itu, Pakatan menjaja kepada rakyat bahawa parti Islam itu hendak bekerjasama dengan UMNO.

Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, senario politik masa kini dilihat tidak memihak kepada PAS berikutan wujudnya dua parti serpihan iaitu PAN dan PPBM.

Beliau juga mengimbas sejarah kemenangan PAS dalam pilihan raya yang dulu, PAS tidak pernah menang banyak kerusi.

Pencapaian PAS akan lebih  teruk ketika bertanding tanpa gandingan dengan parti pembangkang yang lain, kata Phahrolrazi yang juga bekas pemimpin PAS dan ADUN Pengkalan Kundur.

“Sekarang PAS akan bertanding bersendirian dengan menyasarkan menang 40 kawasan Parlimen, namun saya percaya PAS tidak mungkin dapat lebih daripada lima kerusi,” katanya lagi.

PAS sudah menjelaskan sebelum ini, jika parti itu gagal memerintah mereka mahu menjadi pembangkang yang kuat dan penentu dalam pembentukan kerajaan.

Apa yang pasti PAS tidak akan bekerjasama dengan Pakatan walaupun mereka menang atau kalah PRU14.

Phahrolrazi yang juga Timbalan Pengerusi Amanah Kedah berkata, sasaran PAS menguasai 40 kerusi Parlimen adalah cita-cita yang terlalu tinggi.

Beliau juga bimbang PAS akan kehilangan Kelantan dan gagal menawan Terengganu jika berlaku pertandingan tiga penjuru. 

Bagaimana pula kedudukan PAS di Kedah? Jika PAS tumbang di Kelantan, adakah parti itu juga  gagal menawan Kedah. - Kedahnews.com