Honda Civic Type R Pemain Kedah Hilang


ALOR SETAR - Pertahanan muda Kedah, Mohd Ariff Farhan Md Isa memohon orang ramai untuk mengesan keretanya jenis Honda Civic Type R berwarna putih yang disedarinya hilang di Stadium Darul Aman selepas pulang dari latihan kira-kira 11.50 pagi tadi.

Menurut sumber di Facebook rasmi milik pemain itu, turut meminta jasa semua pihak yang ternampak kereta dengan nombor plat kenderaan WA 5494 N agar menahan dengan serta-merta ataupun menghubunginya di talian 013-4486347.

"Siapa-siapa kalau nampak tolong tahan, tolong sangat-sangat," tulisnya di Facebook.

Sementara itu, Laman Facebook Rasmi Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) turut melaporkan perkara berkenaan dan minta melaporkan di balai polis terdekat jika ada maklumat yang dapat kembali membantu mengembalikan kenderaan tersebut. -Kedahnews.com