Ibu Mertua Tidak Pasti Punca Farid Kamil Buat Report


SEMALAM pengarah, Datuk Farid Kamil memuat naik satu entri memaparkan dirinya bersama dokumen yang kelihatan seperti laporan polis di hadapan Balai Polis Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Menerusi entri berkenaan, Farid dilihat menyatakan beliau mahu terus memperjuangkan nasib orang yang teraniaya, tanpa menyebut siapa gerangan individu dimaksudkan.

Perkongsian itu menimbulkan pelbagai persepsi dan tanda tanya dalam kalangan masyarakat. Malah, terdapat juga sumber yang mengatakan bahawa Farid membuat laporan itu berhubung hal rumah tangga bersama isteri, Datin Diana Danielle.

Bagaimanapun, perkara itu diselar oleh ibu mertua Farid iaitu Norsiah Ramli yang menjelaskan dia sama sekali tidak mengetahui punca sebenar menantunya itu laporan berkenaan.

Menurut Norsiah, dia mengakui terkejut selepas membaca laporan sebuah portal berita atas talian yang mengatakan pengarah itu membuat laporan polis berhubung hal rumah tangga.

“Saya baru tahu dan terkejut. Sumpah saya tak tahu apa-apa,” katanya seperti dipetik dalam laporan mStar Online, semalam.

Pun begitu, Norsiah bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung isu rumah tangga membabitkan pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba tersebut dengan Diana. - Kedahnews.com