Ini Sebab Kenapa Perlu Elak Minum Kopi Sebelum Penerbangan


MENIKMATI secangkir kopi ketika menunggu penerbangan menjadi amalan tradisi tersendiri khususnya buat pencinta kopi.

Semua sedia maklum, kopi mempunyai banyak manfaat kepada kesihatan.

Selain menjadi lebih produktif, kopi juga mampu untuk mengurangkan berat badan.

Namun awas! Mengambil kopi pada waktu yang salah dan secara berlebihan boleh memberi impak yang negatif khususnya kepada mereka yang ‘mabuk’ atau mual ketika menaiki pesawat.

Golongan terlibat akan terkesan apabila meminum kopi menjelang penerbangan.

Jadi, amalan minum kopi sebelum penerbangan harus segera dihentikan.

Secara dasarnya, ramai mengatakan minum kopi sebelum naik pesawat dapat menghidrasi tubuh dan menghilangkan rasa mual atau sakit kepala ketika di udara.

Tetapi tidak ya.

Memetik artikel Reader’s Digest, kafein pada kopi akan menyebabkan wujud rasa gelisah dan impak ini akan bertambah apabila seseorang berada di ketingian.

Selain itu, minum kopi sebelum penerbangan juga dapat menyebabkan masalah pencernaan kerana kopi memiliki sifat diuretik yang ringan.

Impak kafein akan bekerja selama 5-6 jam.

Jadi, minum kopi sebelum penerbangan boleh membuatkan kondisi tubuh menjadi teruk.

Sebaiknya, minumlah sebotol air hingga tiba di destinasi tujuan.

Ia jauh lebih bagus dari menderita terkesan akibat yang tidak sepatutnya.

Sumber:Astro Awani