Iqram Dinzly Tak Gila: Johan As’ari


SEMUA orang sudah sedia maklum bahawa pelakon Johan As'ari merupakan antara rakan artis terawal mengunjungi bekas pelakon Iqram Dinzly yang viral kerana perlakuan peliknya itu.

Dalam temu bual secara live di Facebook Sinar Harian, Johan menjelaskan bahawa karakter 'gila' Iqram itu bersebab.

"Sebenarnya abang Iqram okay. Dia tak gila tapi dia buat gila-gila. Bila on je live video dia akan jadi karakter lain, jadi gila-gila.  Tapi bila off video dia akan jadi macam kita, macam orang biasa.

"Dengan cara begini dia dapat duit. That good business. Duduk rumah dapat duit. Beberapa produk dah masuk dengan dia. Dia dibayar. Alhamdullillah, abang Iqram bijak mencatur kehidupan dalam bisnes," jelas Johan.

Bagi Johan, ini antara kelebihan yang ada pada Iqram.

"Saya tak pandai buat begitu. Marketing dengan cara buat gila-gila. Bila sendiri, normal macam kita," ujar Johan lagi.

Pendedahan Johan ini sekali gus menjelaskan keadaan Iqram yang sebenarnya.

Sumber: Sinar Online