Kenapa Mahathir 'Risau' Khalid Nak Bantu PAS Selangor?


Kesediaan bekas  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk membantu PAS 'menawan Selangor' pada pilihan raya umum akan datang  amat tidak 'disenangi' oleh  Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr. Mahathir menyifatkan tindakan Khalid itu secara tidak langsung akan membantu kemenangan  Barisan Nasional (BN) seiring dengan dakwaannya sebelum ini bahawa PAS sering menyebelahi parti itu.

Walaupun PAS dan BN masing-masing menyatakan tidak akan bekerjasama dalam hal politik, Dr. Mahathir masih meraguinya.

Dr. Mahathir memperlecehkan Khalid dengan berkata bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu hanya seorang ahli perniagaan, bukannya ahli politik dan yakin kehadira Khalid bersama PAS tidak akan menjejaskan Pakatan Harapan untuk mempertahankan Selangor. 
    
“Ini negara yang bebas, sangat bebas sampai boleh bantu untuk BN,” katanya menyindir Khalid pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Namun demikian Khalid mengambil keputusan untuk bersama Pakatan Harapan, tentunya Dr. Mahathir akan menggalu-alukan dan memujinya.

Khalid baru-baru ini menyatakan kesediaannya untuk membantu PAS berkempen pada pilihan raya umum akan datang walaupun belum menyertai parti itu.

Khalid memberikan komitmen itu selepas melihat parti Islam itu mempunyai peluang cerah untuk menawan Selangor..

Di sebalik tidak bimbang dengan kehadiran Khalid bagi membanti PAS, Mahathir memberitahu sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan bagi menyelesaikan isu pengagihan kerusi di Selangor selepas jawatankuasa PRU di negeri dilaporkan gagal memuktamadkan rundingan.

Kelmarin Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR menafikan wujudnya perbincangan di antara Pakatan Harapan dengan PAS di peringkat Selangor.

Sebaliknya beliau mendedahkan bukan sahaja rundingan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu sahaja yang belum dimuktamadkan malah di seluruh negara. - Kedahnews.com.