Kerajaan Peruntukkan RM250 Juta Baik Pulih Rumah Nelayan


ALOR SETAR – Kerajaan telah memperuntukkan sejumlah RM250 juta untuk membaik pulih rumah nelayan di seluruh negara sejak 2015.

Memetik Bernama, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata setakat ini sebanyak 25,000 nelayan mendapat manfaat pembaikan rumah berkenaan dengan kos maksimum membaik pulih sebuah rumah RM10,000.

“Program baik pulih rumah mereka ini perlu ditambah lagi pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesranya bersama nelayan kawasan Yan dan Kuala Kedah di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kuala Sala dekat sini semalam.

Turut hadir sama Ketua Pengarah LKIM Datuk M Saedon Ab Majid.

Selain itu, Ahmad Shabery berkata kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM350,000 untuk kerja menaik taraf Kompleks LKIM Kuala Sala itu yang sering ditenggelami air setiap kali berlaku air pasang di situ. -Kedahnews.com