KUALA LUMPUR – Kos pemasangan pemisah laluan basikal dan laluan kenderaan di pusat bandar (rubber separator) di sekitar ibu kota adalah RM4 juta dan bukannya RM4 bilion, kata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Kos laluan basikal RM4 juta bukan RM4 bilionDBKL membuat penjelasan tersebut susulan laporan salah oleh sebuah media tempatan yang mengatakan kos pemasangan tersebut adalah RM4 bilion.
Media tersebut juga sudah dihubungi DBKL bagi membetulkan fakta laporan tersebut ia susulan kecaman pihak tertentu yang mempersoalkan kos pemasangan tersebut dan menyalahkan pihak bandaraya.
Terdahulu, DBKL memberitahu akan mengkaji semula pemasangan alat tersebut kerana didakwa memberi risiko bahaya kepada pengguna motosikal khususnya.
Alat berkenaan juga telah mula dibuka minggu lalu.
Difahamkan, DBKL juga mengkaji untuk pemasangan ‘flexible barrier’ sebagai ganti rubber separator berkenaan.
Sumber – MalaysiaGazette