Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sebelum ini yang cukup kecewa kerana gagal untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim di hospital disaran agar menziarahi Lim Kit Siang yang dilaporkan sedang berehat selama sebulan selepas menjalani pembedahan.
Kini ramai yang mempersoalkan kenapa Dr. Mahathir selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang baharu dinobatkan calon "Perdana Menteri" tidak pula berusaha melawat ‘sahabat karibnya’ itu dalam masa terdekat ini.
Seperti mana yang dilaporkan MalaysiaKini, Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP akan kembali aktif berpolitik pada 27 Januari depan selepas berehat dari pembedahan.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong.
Pada 10 Januari lalu, Mahathir yang tidak membuat surat permohonan kepada Jabatan Penjara begitu kecewa kerana beliau tidak dibenarkan bertemu Anwar yang sedang menjalani rawatan di Hospital Rehabilisasi Cheras.
Mahathir yang diringi anak sulung Anwar, Nurul Izzah Anwar bagaimanpun mendakwa Kementerian Dalam Negeri telah diarah menghalang beliau 'menziarah orang sakit'.
Namun punca sebenar Mahathir gagal untuk bertemu dengan Anwar kerana beliau tidak membuat permohonan rasmi kepada Jabatan Penjara Malaysia.
Sementara itu, media melaporkan Kit Siang dirawat kerana menghidap kanser tahap satu dan menjalani pembedahan untuk membuang tumor kecil pada buah pinggang kirinya.
Selepas lebih tiga minggu dirawat, Mahathir tidak pula teringat untuk melawat Kit Siang yang turut sudi menerima Mahathir sebagai pengerusi Pakatan Harapan dan calon Perdana Menteri jika menang PRU14. - Kedahnews.com.