Mahathir Anggap PAS 'Mat Jenin' Nak Tubuh Kerajaan Sendiri


Dalam sejarah politik Malaysia, PAS pernah menang satu kerusi Parlimen. Namun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) kini hanya ada 'satu kerusi'' Parlimen, iaitu  di Pagoh yang dimenangi atas tiket Barisan Nasional pada PRU13.

Belum lagi bertanding pada Pilihan Raya Umum, pemimpin PPBM sudah 'diumum' sebagai calon Perdana Menteri.

Namun Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus mempersendakan kemampuan PAS apabila parti itu berhasrat untuk bertanding lebih 130 kerusi parlimen pada pilihan raya kali ini.

Dr. Mahathir berkata hasrat PAS menubuhkan kerajaan hanya angan-angan Mat Jenin 

"Sememangnya dalam sejarah PAS, parti itu selalu memerintah negara ini dan telah membentuk kerajaan mereka sendiri, " sindir Dr. Mahathir.

"PAS kadang-kadang hanya menang satu kerusi Persekutuan tetapi mereka masih ada cita-cita tinggi mahu bertanding lebih 100 kerusi jadi, biarkan mereka bertandinglah, " kata Mahathir  kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana semalam

Dr. Mahathir memberitahu sebab utama PAS menyertai pilihan raya umum akan datang adalah untuk memecahkan undi menentang kerajaan kepada Pakatan Harapan bagi membolehkan  Barisan Nasional menang

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang  sebelum ini yang dipetik  sebagai berkata PAS berhasrat untuk membentuk kerajaan sendiri atau menyertai pembentukan kerajaan baharu selepas pilihan raya umum akan datang.

PAS sebelum ini didakwa mahu bekerjasama dengan UMNO oleh Dr. Mahathir dan pemimpin DAP sedangkan PAS meletakkan semua calonnya di kawasan yang ditandingi oleh BN. - Kedahnews.com