Mahathir Hilang Sokongan, Lebih 100 Ahi PPBM Klang Keluar Parti


RAMAI tang menjangka apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad dicalonkan oleh Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri, berduyun-duyunlah orang akan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Namun ia berlaku sebaliknya. Lebih ramai pula yang keluar daripada PPBM.

'Pengkhianatan' para penyokong PPBM itu tentunya memalukan Dr. Mahathir selaku pengasas dan pengerusi  parti yang baharu ditubuhkan lebih setahun lalu. 

Ini berlaku di saat Dr. Mahathir sedang bergembira selepas dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri akan datang, itu pun jika pembangkang menang PRU14.

Semalam Dr. Mahathir menerima aib lagi apabila lebih 100 ahli sayap pemudanya di bahagian Klang mengumumkan keluar parti secara beramai-ramai dan menyertai UMNO.

Penyokong PPBM itu bertindak demikian kerana kecewa dengan kepe­mimpinan parti khususnya pe­ringkat bahagian berkenaan yang didakwa menganaktirikan peranan mereka selain kesal de­ngan pemilihan Dr. Mahathir sebagai calon Perdana Menteri bagi Pakatan Harapan.

Hazwan Zulkefly yang bertindak sebagai jurucakap  kumpulan itu berkata, PPBM ketika ini dipenuhi dengan pemimpin yang ego melampau sehingga tidak boleh ditegur serta menerima pandangan daripada ahli-ahli bawahan.

Menurut belaiu lagifaktor utama pihak mereka keluar PPBM apabila hak anak tempatan dinafikan oleh barisan kepemimpinan bahagian sebaliknya orang luar pula dilantik untuk menjadi  ketua,  seolah-olah ahli setempat tidak ada kebolehan langsung.

"Kami tidak memerlukan campur tangan luar bagi menentukan hala tuju bahagian ini, maka kami mengambil keputusan meninggalkan PPBM yang hanya memperjuangkan kepentingan peribadi pemimpin tertentu untuk mendapatkan kuasa politik..

"Awalnya bahagian ini diterajui oleh anak Klang tetapi dirombak kerana campur tangan 'tangan ghaib'. Ini penghinaan kepada anak Klang kerana pucuk pimpinan membiarkan perkara ini terus berlaku, " katanya kepada pemberita di Pejabat UMNO Bahagian Klang semalam.

Kumpulan tersebut turut menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ke­tua UMNO Bahagian Klang, Datuk Nasaruddin M. Zin dan bertindak memusanah  kad keahlian PPBM secara beramai-ramai sebagai simbolik protes mereka terhadap Dr. Mahathir dan parti itu.- Kedahnews.com