Mahathir 'Tak Tahu' Kenapa Pakatan Pilih Dirinya Calon PM Sedangkan Azmin Lebih Layak


Menteri Besar Selangor,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diakui seorang pemimpin berkebolehan untuk menjadi perdana menteri, tetapi malangnya Pakatan Harapan tidak memilihnya untuk jawatan tetinggi itu.
.
Itu adalah jawapan calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad apabila disoal mengapa beliau tidak mencadangkan nama lain seperti Azmin sebagai calon PM PH.

Semalam, dilaporkan bahawa Dr Mahathir menyatakan tidak mahu menjadi perdana menteri jika PH memenangi PRU14 tetapi beliau telah diminta agar menerima pencalonan itu.

"Beliau (Azmin) cukup berkebolehan,  tetapi tidak terpilih. Anda tidak saja perlu berkebolehan tetapi mesti dipilih. Saya tak tahu sama ada saya berkebolehan tetapi mereka telah memilih saya," ujar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia kepada pemberita selepas menjadi anggota panel Forum Wawasan 2020 semalam.

Sementara itu Dr. Mahathir menyatakan  setiap orang berhak memberikan pendapat dan beliau   perlu menghormati mereka yang menyokong dan menaruh kepercayaan padanya.

Sebelum ini anak  perempuan mendiang Karpal Singh turut  menyelar pencalonan Dr Mahathir sebagaiPerdaaMenteri, yang menurutnya ia kelemahan strategi Pakatan Harapan.

Forum berkenaan dihadiri hanya kira-kira 300 orang berbanding lebih 1,000 yang diharapkan.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden  PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir percaya Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR akan menyokong bapanya (Dr. Mahathir) sebagai calon Perdana Menteri.

Kenyataan Mukhriz itu dipercayai berkaitan  sindiran  Azmin terhadap Dr. Mahathir yang disifatkan sebagai 'sebuah lakonan' apabila Dr. Mahathir berusaha untuk berjumpa Anwar di hospital baru-baru ini bagi mengucapkan terima kasih kerana Anwar tidak membatah pelantikan calon Perdana Menteri. - Kedahnews.com